Jumaat, 21 September 2012

Tangga Takwa



Assalamualaikum wbt

Aku selalu terfikir kalaulah taqwa tu sesenang naik tangga. Tapi sebenarnya memang senang pun status taqwa tersebut. Siapa kata susah? Yang susahnya adalah istiqamah. Istiqamah maksudnya tetap pendirian, teguh berdiri, kukuh tak bergoyang walaupun badai melanda. Bayangkan korang di tengah lautan sekarang, kayuh perahu je. Tiba-tiba ribut melanda, bagaimana nak pertahankan perahu dan diri korang dalam keadaan macam tu?

Yang menjadikan kita tidak istiqamah sebenarnya adalah penyakit malas dan penyakit gatal. Penyakit malas ni sejak kecil lagi sejak dari baby lagi dia ada. Sampai masuk sekolah, masuk U, rasa malas nak study dan macam-macam alasan lagi. Poin utama berpunca dari malas sahaja sebenarnya. Jadi macam mana nak atasi penyakit malas? Cari orang yang rajin. Betul aku kata ni, cari orang yang rajin kemudian dekati dia, berkawan dengan dia. Contohnya orang tu rajin solat, rajin qiyamullail (ibadah malam)..kita join dia. Follow dia. InsyaAllah rajinlah kita. Sama juga dalam pelajaran dan mencari ketaqwaan. Konsep imam-makmum dah lama Islam praktikkan zaman berzaman. Budaya follow imam, hidup dalam jemaah. Taat dan dengar, patuh dan ikut. Ikut yang baik sahajalah. Kita sama-sama cuba ye, nak?

Penyakit gatal pula. Yang ni memang menular. Gatal dengan suasana. Contohnya tak boleh tengok drama Korea kat tv, terus terduduk laju-laju depan Tv. Syok tengok cite Korea ni. aku juga terpengaruh. Huk2. Dalam proses nak jadi org bertaqwa, syaitan akan berupa macam-macam. Dalam rupa awek cun, dalam rupa laki segak, rupa harta, rupa wang, pangkat dan segalanya. Dorang sebarkan kegatalan pada kita supaya kita terasa gatal nak dapatkan. Dah dapat, barulah hilang gatalnya. Gatal, cari ubat. Tapi kegatalan kita itulah buat kita menurun dari tangga taqwa. Setuju tak?

Wassalam.

kIsah Buat Mu Da`ei



TINGGG
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Heliza Helmi

Isnin, 28 Mei 2012

Duhai naqibs

✿ Duhai Niqabis
Alhamdulillah ini yang dikehendaki
Menyarung jilbab indah sekali
Tidak semua yang mampu lakukan sebegini
... Kerana islam sanggup kau Laksanakan semua ini.

✿ Duhai Niqabis
Bersamamu jubah dan purdah
Penutupan segala aurat
syukur alhamdulillah berpakaian mengikut syraiat
Menutupi segala yang indah adalah salah satu syarat.

✿ Wahai Niqabis
Sarungan jasadmu adalah jilbab yang indah sekali
Wajahmu di sarungi secebis kain yang menutupi
Hanya mata yang mampu di tayangi
Kepada mereka yang ingin mengenali dirimu saat ini.

✿ wahai Niqabis
Pakaianmu ini melambangkan islam sejati
BUkan pakaian yang hanya dikau sinari
sebaliknya agama juga yang kau kendongkan bersama diri
Sebagai dakwah yang ingin di gelongsori
Kepada manusia akhir zaman ini.

Keep istiqomah with our purdah ya akhwati fillah....^_^♥

Sabtu, 5 Mei 2012

tentang murabbi ku

SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI HJ RAMLI




- Maktab Mahmud, Alor Setar
- Madrasah Al-Latifiah (Keroh)
- Universiti Al-Azhar (Fakulti Usuluddin - Hadis)
- Darul Ifta', Kaherah, Mesir.






Apabila mahu melihat peribadi Rasulullah lihat lah ULAMAK disisi mu ..
moga perolehi barakah ..

Jumaat, 13 April 2012

Doa utk shabat

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-█​███──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶​¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯​¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨​*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*
║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝

Selasa, 10 April 2012

‎"Lebih tertutup, lebih indah."

Saya setuju ayat ini untuk penutupan aurat.
Tetapi hendak membesar-besarkan ayat ini terhadap purdah, cadar, atau apa sahaja yang kita panggil kain penutup wajah wanita itu, saya rasa tidak sesuai.

Sekarang, saya sampai nampak apabila majlis perkahwinan pun, orang puja wanita berpurdah sebagai terbaik kerana menutup wajahnya, kononnya menjaga keindahannya dari dipandang ramai orang. Itu belum ditambah lagi dengan 1001 jenis ayat yang mengangkat-angkat perkara ini.

Pertamanya, jika diberikan kepada saya, saya melihat purdah tidak lebih dari satu pakaian. Ini masalah khilafiah. Jadi, saya memilih pendapat bahawa ianya adalah pakaian, dan bukan dari sunnah di dalam Islam. Kerana jelas, ada hadith-hadith yang menunjukkan betapa wanita di zaman kehidupan Rasulullah SAW juga tidak berpurdah.

Keduanya, bila ianya masalah khilafiah, tidak perlulah terlalu mengangkatkan salah satu daripada pilihan yang ada. Tidak perlu ayat-ayat seperti: "Berpurdah lebih baik", "Berpurdah lebih mulia, kerana mujahadanya lebih tinggi" dan sebagainya. Tidak perlu. Kerana asasnya, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali muka dan telapak tangan.

Dan tidak perlu pula orang yang tidak favour kepada purdah, untuk merendah-rendahkan pemakainya, sebagaimana pemakai purdah tidak boleh merendah-rendahkan mereka yang tidak memakainya. Walau dengan cara memulia-muliakan diri mereka(atau purdah yang mereka pakai).

Sedikit pendapat berkenaan berpurdah semasa majlis perkahwinan,
saya kira majlis perkahwinan ini adalah untuk isytiharkan fulanah binti fulan adalah isteri fulan bin fulan. Jadi, bagaimanakah orang ingin tahu siapakah fulanah binti fulan itu, jika wajahnya tertutup begitu?

Kita buat majlis perkahwinan, asasnya bukan untuk menunjuk-nunjuk keindahan isteri kita. Kita hendak perkenalkan siapa isteri kita. Kita hendak cakap pada masyarakat, bahawa kita dan si fulanah, sudah berkahwin. Agar tidak timbul fitnah saat kita keluar dengannya. Jadi, mengapa tutup wajahnya hingga orang sendiri tidak tahu siapakah isteri kita?

Itu sekadar pendapat saya. Boleh sahaja ditolak. Sebab pendapat berkenaan purdah semasa majlis perkahwinan itu datang dari pertimbangan akal saya sahaja.

Tetapi serius, saya merasakan kita tidak perlu memuja-muja purdah hingga seakan-akan ia adalah satu perkara qat'ie di dalam Islam. Sehingga seakan-akan tidak memakai purdah, menjadi 'satu kekurangan'. Perkara ini(memuja-muja, meninggi-ninggi) akan memberikan kesan yang tidak baik buat pemakai purdah, dan yang tidak memakai purdah.

---------------------------------
Bersederhana.
Itu adalah sebaik-baik perkara.

motivasi- ku ingin kan yang terbaik

assalamualaikum...wrt ..

Artikel yang kedua tentang Ku Ingin Yang Terbaik Buat ku & yang sempurna buat ku ..

tiada yang lebih smpurna dan yang terbaik bagi hamba melainkan dia mahukan ..( Betul tak ) ..
Tjuk ini sprti tentang jodoh je .

sebenar nya tak pun ..cuma kita doakan semua nya yang terbaik ..

biar saya kisah kan sesuatu ..

Seorang Ibu mahukan yang terbaik buat anaknya dia tak mahu kan kegagalan yang menimpa nya bahkan dia mahukan kejayaan utk didunia dan akhirat .

Seorang anak mahukan ibubapa nya berada disamping nya & Kehidupan nya terlalu indah .

Seorang ISteri mahukan Suami nya berada disisi nya ketika susah @ senang ..
payah dipikul bersama-sama

Tapi ada ke tentang kemahuaan bagi seorang HAMBA ALLAH ..
pasti ada

sebab nya saya ..awak ..kamu ..mereka ..kita mahukan yang terbaik dan sempurna ..yakni mahukan cinta dari pada nya ..

MOTIVASI ADALAH JALAN TERBAIK UNTUK KU